Website Maintenance Services MalaysiaSupaya Website Anda Kekal Laju, Selamat & Sentiasa Online
Kebanyakan website dan sistem bermasalah bukan semasa dibina, tetapi selepas launch: software lapuk, backup tiada, dan tiada siapa perasan bila ia down. Pakej care plan kami jaga semua itu setiap bulan. Keutamaan diberikan kepada sistem dan website yang kami bangunkan sendiri; pengambilalihan dari vendor lain dinilai kes demi kes.
Bulanan, tiada kontrak panjangKeutamaan sistem & website yang kami binaSlot terhad setiap bulan
Pakej Care Plan
Harga jelas dari awal. Slot dihadkan setiap bulan supaya kualiti servis terjaga, dan boleh berhenti bila-bila dengan notis sebulan.
Care Essential
RM300/bulan
Untuk company profile / website statik yang perlu dijaga secara konsisten.
Website yang dibiarkan tanpa penyelenggaraan bukan sekadar lapuk, ia jadi liabiliti.
Keselamatan
Software dan plugin lapuk adalah punca #1 website kena hack. Patch berkala menutup lubang sebelum dieksploitasi.
Kelajuan & Uptime
Website perlahan atau down bermakna prospek terus ke pesaing. Monitoring 24/7 pastikan isu dikesan sebelum pelanggan perasan.
SEO & Visibility
Google menurunkan ranking website yang perlahan, ada broken link, atau kerap down. Maintenance mengekalkan kedudukan yang anda dah usahakan.
Ketenangan Fikiran
Backup yang diuji bermakna kalau apa-apa berlaku seperti hack, kesilapan update atau server crash, website boleh dipulihkan, bukan dibina semula.
Website Dibina Vendor Lain? Boleh Dinilai.
Pengambilalihan diterima mengikut slot semasa dan hasil audit awal. Proses onboarding kami:
1Audit ringkas: semak versi software, security, backup, dan performance semasa
2Laporan penemuan + cadangan pembaikan awal (jika ada isu kritikal)
3Setup monitoring, backup, dan jadual update
4Penyelenggaraan bulanan bermula dan anda terima laporan setiap bulan
Soalan Lazim
Apa beza website maintenance dengan hosting?
Hosting ialah tempat website disimpan (server). Maintenance ialah kerja menjaga website itu: update software, backup, security patch, monitoring, dan pembaikan. Hosting tanpa maintenance ibarat kereta yang ada parking tapi tak pernah servis.
Website saya dibina oleh vendor lain. Boleh ambil alih?
Boleh, tertakluk pada slot semasa. Kami mulakan dengan audit ringkas untuk fahami keadaan website anda, kemudian setup backup dan monitoring sebelum penyelenggaraan bulanan bermula. Anda tidak perlu bina semula website.
Perlu ikat kontrak berapa lama?
Tiada kontrak panjang. Pakej berjalan secara bulanan dan boleh dihentikan dengan notis satu bulan. Kami percaya servis yang baik yang mengekalkan pelanggan, bukan kontrak.
Apa berlaku kalau website saya down atau kena hack?
Monitoring kami akan mengesan isu dan kami mula bertindak mengikut pakej anda. Dengan backup berkala, website boleh dipulihkan ke keadaan terakhir yang stabil. Untuk kes hack, kami buang malware, tampal punca, dan perkukuh security selepas pemulihan.
Adakah update kandungan termasuk dalam pakej?
Ya, mengikut had pakej. Care Essential termasuk 1 permintaan kecil sebulan, Care Business sehingga 4. Contoh: tukar harga, tambah gambar, update maklumat perkhidmatan. Kerja lebih besar seperti halaman baru akan diquote berasingan.
Bagaimana saya tahu kerja maintenance benar-benar dibuat?
Setiap bulan anda terima laporan ringkas: update yang dijalankan, status backup, uptime, dan isu yang ditemui/diselesaikan. Telus dan boleh diaudit.
Belum Ada Website Lagi?
Kami juga membangunkan website syarikat dan sistem custom, lengkap dengan pelan maintenance dari hari pertama.